SAYANGKU
14 tahunku bersamamu,
Menganyam cinta,suka ria atau duka bersulam air mata
Perit suka pahit ceria
Semua telah ku rasa
Disinilah aku mengorak langkah
Menyulam bebenang keguruan
Biarpun sakit,namun ada manisnya.
Cintaku berputik di sini
Mekar cinta mewangi
Biar kadang terasa perit
Namun demi cintaku
Segalanyaku hadapi.
Dari guru pelatih
Hingga guru terlatih
Disinilah aku bertatih
Tiadaku merasa letih.
Namun,siapalah aku
Aku cuma merancang
Allah sebaik-baik perancang
Maha mengetahui yang terbaik untukku.
Berat langkahku
Berat lagi di hatiku
Namun aku tiada daya
Kerana aku cuma semut kecil
Tiada upaya untuk melawan.
Dimanapun aku
Doakan diriku
Semoga segala yang berlaku
Ada hikmah terbaik untukku.
Rabu, 1 Ogos 2018
Sabtu, 23 Mei 2015
2015...CABARAN 25 MURID TAHUN KE 2
Sebelum 2014,murid saya selalunya dalam lingkungan 10-17 orang sahaja dan tahun 2014 telah membuka lembaran sejarah baru apabila saya telah di paksa menerima 23 orang murid.Full House.Untuk memenuhi kelas,saya telah menerima 10 orang murid 5+ dan 13 murid 4+. Tahun pertama memulakan kelas 2 tahap ini tidaklah terlalu bermasalah cuma masalah ramai sahaja. Cabaran sebenar saya terima adalah pada tahun ini. 25 murid yang bercampur 4+ dan 5+. Murid 4+ saya seramai 12 orang dan 5+ seramai 13 orang. Sangat mencabar iman,ilmu dan usaha saya.
Nanti saya sambung lagi ya...
Nanti saya sambung lagi ya...
Jumaat, 5 Oktober 2012
Akan saya hidupkan semula..
Wahai blog yang telah lama wujud,tapi tak hidup,akan ku hidupkan semula dirimu..sabaq no..
Khamis, 25 Ogos 2011
Khamis,sehari sebelum cuti
Hari ni murid 5 orang dan termasuk Jaz adalah 6 orang. Sorang lagi dari Isnin tak menunjuk muka. Menurut rakan-rakannya,si karai (nama kampung) dah balik kampung maknya untuk menolong menanam padi huma. Rasa marah juga namun apa nak buat,dah anaknya di bawa balik kampung. Memang keadaan seperti ini sering berlaku. Dua tahun lepas,sorang murid saya selalu tak hadir kerana menjaga adik sementara ibunya ke huma untuk menanam padi. Bayangkan murid prasekolah yang baru berumur 6 tahun itu boleh di harap menjaga adiknya yang berumur 2 tahun di rumah. Mak dia boleh percaya anaknya itu untuk mengurus keperluan adiknya yang berumur 2 tahun. Mula-mula posting ke sekolah ini saya memang terkejut apabila murid tahun 1 memberitahu mereka pandai masak nasi. Bayangkan,masak nasi menggunakan dapur kayu,dapur minyak atau dapur gas bukan periuk elektrik. Ibu-ibu mereka mempercayai anak-anak mereka untuk memasak apabila mereka tiada di rumah. Hebat bukan?
Ahad, 31 Julai 2011
Sejarah prasekolah SK Tema
Prasekolah ini diwujudkan pada awal tahun 2007 dan merupakan salah sebuah kelas perluasan kelas prasekolah di Zon Serian. Kelas ini menggunakan 2 buah rumah guru sebagai kelas dan dapur. Mula-mula diwujudkan kelas ini cuma mempunyai kerusi dan meja ehsan dari SK Kujang Mawang. Perkakasan lain di ambil dari bangunan kelas perdana. Peralatan dapur pula cuma dapur dan tong gas sahaja manakala perkakas memasak yang lain dipinjam dari RMT. Kebanyakan peralatan adalah sumbangan guru dan PPM. Bermulalah kelas ini pada tahun 2007 bersama dengan 10 orang murid yang kesemuanya adalah perempuan. Saya pula merupakan guru arus perdana yang terpaksa terjun menjadi guru prasekolah,satu jawatan yang tidak pernah saya fikirkan dahulu. PPM saya pula Puan Anna Jerin,berasal dari Bau dan menetap di Kuching juga merupakan PPM ambilan baru yang tiada pengalaman bersama prasekolah. Bersama-sama beliau,saya merangkak dan bekerjasama,belajar serta cuba memahami pentadbiran dan pengurusan kelas prasekolah SK Tema ini.
Biarpun masih baru dan tanpa pengalaman serta dibantu oleh Guru Besar serta guru-guru lain yang tidak lokek ilmu dan tenaga, prasekolah SK Tema terus maju dan berkembang dari tahun ke tahun. Sedikit demi sedikit berserta dengan kursus dan bimbingan berterusan dari PPD Serian, saya dan ppm saya mula menguasai ilmu pengurusan dan pentadbiran prasekolah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah membantu kami selama ini. Semoga prasekolah SK Tema terus maju dan gemilang.
Biarpun masih baru dan tanpa pengalaman serta dibantu oleh Guru Besar serta guru-guru lain yang tidak lokek ilmu dan tenaga, prasekolah SK Tema terus maju dan berkembang dari tahun ke tahun. Sedikit demi sedikit berserta dengan kursus dan bimbingan berterusan dari PPD Serian, saya dan ppm saya mula menguasai ilmu pengurusan dan pentadbiran prasekolah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah membantu kami selama ini. Semoga prasekolah SK Tema terus maju dan gemilang.
Isnin, 25 Julai 2011
Murid Prasekolah
Hari ni.murid 6 orang jer,bila sorang tak hadir,tinggal lagi 5..alahai,memang ramai yang dengki dengan bilangan yang sikit,namun cabarannya yang sikit ni kadang-kadang membosankan kerana terlampau sedikit. Jumlah yang idea bagi saya ialah dalam lingkungan 15 orang,tak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit. Sedikit sangat macam sekarang memanglah senang diajar namun ada juga yang masih lagi tegar walaupun pelbagai cara telah digunakan. Mudah sahaja bagi orang menyalahkan saya sekiranya murid 6 orang itu ada lagi yang tidak pandai membaca. Cuba ganti tempat saya dan ajar budak yang tegar tu barang seminggu dan kemudian bagi komen anda. Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Kita kena memahami tahap penguasaan kanak2 itu. Janganlah mudah membuat kesimpulan bahawa semua murid adalah sama. Saya memang mahu semua murid saya pandai namun setiap sesuatu ada batasnya dan sekiranya itu sahaja yang mampu dia terima semasa di prasekolah maka saya amat berharap agar guru-guru yang mengajarnya di tahun 1 dan seterusnya dapat membantu murid itu lagi sehingga dia mampu bersaing dengan murid lain arus perdana.
Jumaat, 22 Julai 2011
Langgan:
Ulasan (Atom)