Rabu, 1 Ogos 2018

TAHUN 2018

SAYANGKU 

14 tahunku bersamamu,
Menganyam cinta,suka ria atau duka bersulam air mata
Perit suka pahit ceria
Semua telah ku rasa
Disinilah aku mengorak langkah
Menyulam bebenang keguruan
Biarpun sakit,namun ada manisnya.

Cintaku berputik di sini
Mekar cinta mewangi
Biar kadang terasa perit
Namun demi cintaku
Segalanyaku hadapi.


Dari guru pelatih
Hingga guru terlatih
Disinilah aku bertatih
Tiadaku merasa letih.


Namun,siapalah aku
Aku cuma merancang
Allah sebaik-baik perancang
Maha mengetahui yang terbaik untukku.

Berat langkahku
Berat lagi di hatiku
Namun aku tiada daya
Kerana aku cuma semut kecil
Tiada upaya untuk melawan.

Dimanapun aku
Doakan diriku
Semoga segala yang berlaku
Ada hikmah terbaik untukku.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan